bila sebut bab hadiah ni aku tak ambil pot sangat
aku rasa nak bagi aku bagi
pada siapa, sebab apa, bila ,berapa harga atau barang aku,itu urusan aku
aku biasanya mudah
nak aku balut? harapan lah
cikgu aku pun aku beli pen merah kat kedai mamak terus bagi
'selamat hari guru' sambil hulur pen.jadilah
atau aku cari yang siap kotak dengan paper bag.
selepas 22 tahun aku hanya sekali buat pembalut untuk hadiah
ya! aku buat sendiri untuk pertama kali
bayangkan aku buat satu sampul hadiah hari jadi selama 3 malam
aku puas dengan hasil tangan aku yang pertama
biarlah pergi ke tangan yang sepatutnya